MALAYSIA MEMBACA

with No Comments

Pihak kami sememangnya menyambut baik kempen berimpak positif yang dimulakan oleh Menteri Pendidikan kita, Dr Maszlee Malik#MalaysiaMembaca .

Oleh itu, kami kongsikan bersama-sama anda 10 buah buku yang menjadi pilihan dan kegemaran ahli-ahli kami yang sedang menetap dan belajar di UK-Eire yang mungkin akan menginspirasikan anda semua untuk turut bersama-sama memeriahkan #MalaysiaMembaca dan sekaligus, mencetuskan semangat ingin membaca.

Jom #MalaysiaMembaca bersama-sama walau dimana pun kita berada!

1. Reclaim your heart oleh Yasmin Mogahed

Buku ini sangat relevan untuk dibaca pada sepanjang hayat. Kerana buku ini bercakap tentang sumber kekuatan utama bagi seorang Islam iaitu Allah. This book will make you fall in love with Allah and refresh your iman. Buku ini sangat bagus bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan Allah dan mencari ketenangan hidup.


2. Falsafah Hidup oleh Hamka

Setiap ayat dalam buku ini adalah mutiara. Saya terpaksa berhenti banyak kali sebab terlalu kagum dengan pemikiran dan setiap pemilihan kata oleh Hamka. Saya kongsikan potongan daripada buku ini daripada bab Sederhana:

“Baik sangka, kepada manusia dan kepada Tuhan, menghilangkan kesumat. Kerana baik sangka, kita beroleh tenteram di dalam hidup, dan hilanglah zalim manusia. Dia kekal. Kerana baik sangka, banyak perkara yang selesai dan tidak ada rancangan yang terbengkalai. Hidup pun damai, orang yang sengsara tertolong, terpujuk tangis orang yang kecewa, terbimbing tangan orang yang jatuh.”


3. Terusir oleh Hamka

Buku ini mengubah persepsi saya tentang pekerja seks dan bagaimana fitnah dapat merosakkan institusi keluarga. Keyakinan (trust) sangat penting in every relationships. Saya juga belajar kasih sayang ibu yang teramat sangat kepada anaknya sehingga si ibu sanggup menghancurkan hidupnya, hidup si ibu sendiri, demi kebahagiaan anaknya. Dan yang paling saya suka, buku ini mengkritik keras bagaimana masyarakat melayani wanita dengan diskriminasi dan tidak adil.


4. Contengan Jalanan oleh Hlovate

Saya memang meminati semua karya-karya hlovate kerana gaya penceritaannya sangatlah masuk dengan saya. Novel ini merupakan sebuah perjalan mencari Tuhan oleh dua orang lelaki Fend and K2. Kedua-dua mereka ini merupakan peminat tegar muzik dan bagi mereka muzik dapat memberikan mereka hidup. Di akhir cerita, hidup mereka lebih bermakna setelah mengenali Tuhan. Buku ini memberi semangat untuk saya terus berusaha mendekatkan diri kepada tuhan despite of our pasts


5. Letters to a Young Muslim oleh Omar Saif Ghobash

Buku ini harus dibacaaaaaa. Rugi tak baca.Saya dah membebel panjang tentang buku ini sebelum-sebelum ini.Take home message untuk saya bagi buku ini adalah Young Muslims hendaklah berusaha untuk menjadi manusia yang bermanfaat di atas muka bumi ini.


6. A Thousand Splendid Suns oleh Khaled Hosseini

The right for education. Buku ini memberi kesedaran tentang betapa susahnya mereka yang tinggal di Afghanistan untuk pergi ke sekolah dan belajar. Ia juga menunjukkan masalah yang kritikal yang hadir apabila sesuatu masyarakat membudayakan ‘child marriage’ untuk menyelesaikan masalah keluarga. Apa salah anak-anak kecil yang tak berdosa itu!?



7. Hati Sebening Mata Air, Amru Khalid


8. Enjoy Your Life oleh Sheikh Muhammad Al-Arifi

A Muslim should enjoy this life on this Earth and the next life. Buku ini membincangkan tentang bagaimana Nabi Muhammad saw enjoyed hidup baginda dengan menjadi hamba Allah yang terbaik, pemimpin negara yang terbaik, jiran, suami, ayah, anak, cucu atau secara ringkasnya Manusia yang memberi rahmat ke seluruh alam. Buku ini banyak mengajar tentang interpersonal skills yang dimiliki oleh Rasulullah.



9. The Hunger Games oleh Suzanne Collins

Okay buku ni memang tunjuk girl power sangat2. And the corruption in government. I think everyone knows about this story so takyah cerita banyak. Never underestimate the power of maturity of a 16-year-old Katniss Everdeen. Jangan sesekali mempermainkan hidup seseorang just because you have power and money. Thanks Yasmin, bagi pinjam buku ni.



10. The other sides of the coins – Aiman Azlan punya side lol
Buku ni sangat simple je message dia. Dia macam nasihat oleh seorang abang kepada adik-adik. Boleh lah baca kalau nak buku yang simple dan dekat di hati.

Leave a Reply