PMS18 : MUSIM SEJUK YANG MENGUBAH PARADIGMA

with No Comments

PMS18 : Agents Of Change!

 

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

“Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”

(13:11)

Alhamdulillah pada 17 hingga 20 Disember 2018 telah berlangsung Perhimpunan Musim Sejuk 2018 di FSC Rhyd-y-creuau, North Wales. Program ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM UK dan Eire (IKRAM UKE).

Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir menjayakan dan memeriahkan program ini. Dengan bertemakan ‘Agents of Change’ kami berharap para peserta dapat praktikkan dan beramal dengan mesej yang telah disampaikan, seperti maksud dan intipati “rahmatan lil ‘alamin”. Kami juga telah membincangkan bagaimana cabaran dalam mengetengahkan elemen Islam sebagai rahmatan lil alamin dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.

Memetik kata-kata Ustaz Ramadhan, “Islam ini bukan untuk mereka yang malas, Islam ini akan dirasa kemanisannya bila anda produktif.”

Tidak lupa juga kebahagiaan dan kegembiraan yang dapat dikongsi bersama peserta dan ahli jawatankuasa PMS. Pada hari ketiga program kami telah berjaya memanjat gunung Cwm Idwal. Walaupun cuaca sedikit hujan dan angin kuat kami tetap teguh menempuhi dengan jayanya. Dr. Munawar menekankan perlunya keseimbangan dlm semua espek dengan kata-kata “engage, explore, enjoy”. Akhir sekali, kami juga mencapai objektif kami untuk menyumbang sesuatu kepada alam ini. Dengan kerjasama bersama Snowdonia National Park kami telah membantu mereka utk membuang, menebang dan memotong pokok-pokok spesis ceroboh pada musim sejuk ini.

Bersyukur kehadrat Ilahi perjalanan program telah berlangsung dengan jayanya. Moga amal dan pengorbanan kita diterima Allah.

#PMS18 #agentsofchange

Leave a Reply