Bengkel IKRAMedia 2017

LONDON, 22 FEB 2017 – Pada 18 Februari yang lalu, bengkel IKRAMedia telah dijalankan di Education Malaysia UK & Eire, London. Bengkel yang diadakan pada pukul 9 pagi hingga 5 petang ini telah dihadiri oleh 7 orang peserta dari seluruh UK dan Ireland. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai reka grafik dan videografi.

.

Slot reka grafik telah disampaikan oleh saudara Faqihuddin Ghazali, JK Media IKRAM East Midlands & South Yorkshire (EMSY), berfokuskan teori seni reka grafik dan praktikaliti penggunaan aplikasi Adobe Photoshop. Manakala, slot videografi pula dikendalikan oleh saudara Amirul Abrar Bohari selaku JK Media IKRAM South. Beliau telah memberikan tips dalam mengendalikan rakaman video dan teknik menyunting video menggunakan Adobe Premier Pro.

.

Para peserta memberikan maklum balas yang sangat positif dan sudah mampu untuk bergerak sendiri dalam memanfaatkan asas reka grafik dan videografi tersebut. Harapan penganjur agar para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh sepenuhnya, sekaligus menjadikan media massa sebagai satu cara untuk menyebarkan kebaikan.

Comments

comments

Feb, 22, 2017

0

SHARE THIS