Call of Duty South 2016

LONDON, 6 APRIL – Pada 6 April 2016, IKRAM United Kingdom & Eire (South) telah mengadakan Seminar ‘Call of Duty’  bertempat di Woodward Building, Imperial College London di North Acton, London. Program mengumpulkan kira-kira 14 orang peserta lelaki di London dan kawasan sekitar.

Program ini diadakan bertujuan memberi kefahaman sebenar tentang penyaksian kebenaran melalui syahadah. Di samping itu, peserta juga diberi keterangan daripada ayat-ayat Al-Quran tentang kewajiban melaksanakan tanggungjawab dakwah dan menyampaikan kebenaran sebagai seorang Muslim yang telah bersaksi terhadap kebenaran. Peserta juga diceritakan tentang peristiwa Hari Thabat yang boleh diambil iktibar bersama.

Program dimulakan dengan solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari. Slot pengenalan dan intipati ‘Syahadatul Haq’ disampaikan oleh Saudara Abdul Muhaymin Ariffin. Kemudian, slot pelaksanaan disampaikan oleh Saudara Muhammad Azzam Mohd Yani. Sebagai penutup, sesi resolusi diadakan secara ‘roundtable’ bagi mendapatkan idea dan reaksi tentangg aplikasi dakwah dalam masyarakat.

Diharapkan para peserta dan jawatankuasa mendapat manfaat daripada Seminar ‘Call of Duty’ agar kita semua dapat menghayati erti kata menjadi Muslim yang sebenar. Berdakwah merupakan Sunnah terbesar Rasulullah SAW. Memetik kata-kata daripada Imam Hassan Al-Banna, “Tanggungjawab itu lebih banyak daripada waktu yang ada”. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu agar kita mampu memikul tanggungjawab yang besar ini.

Call of Duty 2

Comments

comments

Apr, 11, 2016

0

SHARE THIS