Family Day [North West]: Ukhuwah Teras Kegemilangan

SHEFFIELD, 30 April – 2 Mei 2016 – Daurah Muayyid Kawasan dan Hari Keluarga telah diadakan pada hari Sabtu dan berakhir pada hari Isnin di Hesley Wood Scout Activity Centre, Sheffield yang dianjurkan oleh IKRAM North West. Program didahulukan dengan Daurah Muayyid Kawasan melalui penyampaian pengisian oleh Dr Ismail Ibrahim, JK Tarbiyah Nasional. Pengisian yang disampaikan bertajuk ‘Konsep Isti’ab dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah’. Isti’ab disini membawa maksud kemampuan pendakwah untuk menarik dan memperkembangkan manusia yang pelbagai jenis untuk kegunaan Islam.

Hari diteruskan dengan aktiviti yang ditunggu-tunggu, sukaneka dan permainan Hari Keluarga. Dengan berobjektifkan untuk menjalinkan ukhuwah di antara ahli IKRAM bagi kawasan North West, peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan; Hitam, Merah, Biru dan Hijau. Aktiviti – aktiviti yang diadakan sepanjang Hari Keluarga berdasarkan kepada empat kumpulan ini dan hadiah diberikan kepada rumah sukan yang mempunyai markah yang tertinggi. Anak – anak kecil tidak ketinggalan untuk diraikan dan beberapa aktiviti diadakan untuk mereka.

Majlis penutup diadakan pada malam terakhir iaitu pada malam Ahad. Penutup dimulakan dengan ucapan yang disampaikan oleh YDP IKRAM North West, Al Amin Mohamed Sultan dan perutusan dari wakil JK Ikram Nasional, Muhammad Nazril Laharadi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap aktiviti dan pemenang bagi rumah sukan keseluruhan. Tahniah buat rumah Hitam yang telah menjuarai Hari Keluarga 2 tahun berturut-turut! Turut disertakan dengan penyampaian cenderahati kepada peserta – peserta yang akan pulang ke tanah air, terutamanya mereka yang akan menamatkan pengajian pada semester ini. Turut diraikan Akhi Aslam dan Ukhti Azna yang akan berpindah kawasan dan lokaliti, dari Leeds ke Sheffield. Semoga mereka yang pulang ke tanah air dan juga yang terus kekal di bumi UKE akan sentiasa bersemangat menyumbang tenaga dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Comments

comments

SHARE THIS