Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) IKRAM South

LONDON, 22 April – Pada 22 April 2016, IKRAM United Kingdom & Eire(South) telah mengadakan program Malam Bina Iman & Takwa (MABIT) yang berlangsung sehingga pagi berikutnya. Program yang diadakan di Finsbury Park Mosque tersebut dihadiri oleh kira-kira 13 orang peserta lelaki daripada London dan kawasan sekitarnya.

MABIT merupakan program berkala yang berfokuskan pada pembinaan rohani peserta dan mengeratkan ukhuwwah antara peserta daripada pelbagai lokaliti.

Program dimulakan dengan solat Isyak bersama jemaah masjid. Kemudian, pengisian disampaikan oleh saudara Na’im Che Rahimi dengan tema ‘Muraqabatullah’, merasa Allah sentiasa mengawasi. Antara isi utama yang disampaikan adalah tujuan seorang muslim perlu membersihkan jiwa secara berterusan dengan menyedari hakikat manusia yang sentiasa dalam keadaan berdosa. Malam tersebut diakhiri dengan bacaan surah Al-Mulk. Keesokannya, semua peserta bangun awal untuk qiamullail secara berjemaah sebelum solat subuh bersama Jemaah masjid. Program diakhiri dengan bacaan ma’thurat dan tazkirah.

 

Diharapkan program ini dapat dilakukan secara berterusan dan dapat pertingkatkan kekuatan rohani di samping mengeratkan ukhuwwah.

Comments

comments

May, 02, 2016

0

SHARE THIS