Majlis Perwakilan Kawasan IKRAM EMSY 2017

SHEFFIELD, 12 MAC – IKRAM EMSY (East MIdlands & South Yorkshire) telah mengadakan Majlis Perwakilan Kawasan (MPK) di Sheffield Hallam University, Sheffield. Majlis ini diadakan untuk membentang gerak kerja dakwah dan tarbiah kawasan sepanjang sesi 2016/17 disamping membuka cadangan penambahbaikan dan pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2017/18. Majlis bermula pada jam 10 pagi dan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 28 orang ahli IKRAM EMSY.

Majlis dimulakan dengan tilawah Al-Quran oleh Saudara Aslami dan diteruskan dengan ucapan daripada Saudara Ukasyah Mahamod selaku Regional Head of IKRAM EMSY 2016/17.  Seterusnya, ucapan perasmian dengan tema ‘Dakwah ialah Gambaran Realiti tentang Jihad’ disempurnakan oleh Puan Nahdia Ariffin, mewakili Jawatan Kuasa Nasional.

Majlis diteruskan dengan pembentangan daripada setiap Jawatan Kuasa IKRAM EMSY tahun 2016/17. Sesi kemudian diteruskan dengan pencalonan Jawatankuasa Nasional IKRAM UKE dan pemilihan Jawatankuasa IKRAM EMSY bagi Sesi 2017/18. Majlis kemudian diteruskan dengan pembukaan cadangan penambahbaikan untuk peringkat nasional.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa IKRAM EMSY yang terpilih bagi sesi 2017/18:

  • Regional Head : Ukasyah Mahamod
  • Deputy Regional Head : Dr Siti Noor Munirah Ibrahim
  • Regional Secretary : Faezah Harun
  • Regional Treasurer: Ahmad Albar
  • Regional Committee: Nurul Shahizan, Nur Alia Hazwa, Nur Adleen
  • Locality Head (Sheffield): Sharafiz Abdul Rahim, Farhana Yanti
  • Locality Head (Nottingham): Faris Ismail, Fatimah Aliyya
  • Locality Head (Leicester): Farihah Reza
  • Regional Head of Tarbiyyah: Dr Harriffudin Juli
  • Deputy Regional Head of Tarbiyyah (I): Raja Muhammad Aslam
  • Deputy Regional Head of Tarbiyyah (II): Anizatul Azna

Pada penghujung majlis, Saudara Ukasyah Mahamod, Regional Head of IKRAM EMSY Sesi 2017/18, memberikan sedikit ucapan beliau. Majlis ditangguh pada jam 5.00 petang. Tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan pimpinan baru IKRAM EMSY 2017/2018.


Comments

comments

Mar, 13, 2017

  EMSY, MPK

0

SHARE THIS