Projek Usrah Cardiff: #Pay It Forward

Pada 15 November 2016 yang lalu ‘Usrah Khawlah’ telah melaksanakan sebuah projek kebajikan di bandar Cardiff, United Kingdom. Projek ini melibatkan tulisan kata-kata perangsang di atas kad dan setelah itu dimasukkan ke dalam kotak pos di rumah-rumah yang berdekatan. Menurut salah seorang ahli ‘Usrah Khawlah’, Anis Najwa, ide untuk projek ini tercetus setelah menonton filem ‘Pay It Forward’ lakonan Haley Joel Osment yang mana perilaku kebajikan disahut oleh penerimanya untuk melakukannya terhadap orang lain. Maka kebajikan berlaku secara bertali arus dan berterusan.

Usaha ini telah mendapat perhatian akhbar-web tempatan ‘InterCardiff’ kelolaan Fakulti Journalisme, Cardiff University. Liputan projek #Pay It Foward ini telah tersiar di dada laman web tersebut. Sila tekan pada gambar/pautan di bawah:

#PayitForwardCDF: Meet the ‘Anonymous’ Author of Random Affirmations

On November 15th, a young woman went out in the rain to distribute envelopes with affirming messages inside. A pink envelope came through my mail slot with two candies attached. The messages inside were signed with a hashtag: #payitforwardcdf (Pay it Forward Cardiff).

I searched the hashtag on Twitter and came upon two tweets by Anis Najwa Nazari with photos of the letter-making process. She, along with others of her faith group, had gone out that Wednesday to distribute the messages in the Cathays area. After some back and forth on Twitter and through e-mail, we’d agreed to meet at her home. As it turns out, we are neighbors on the same street.

Menurut Anis lagi, dia menginginkan manusia berbuat baik terhadap sesama manusia ketika dunia penuh dengan kerosakan dan kejahatan. Jika usaha kecil ini dapat merubah situasi ini walaupun sekelumit, maka mengapa harus berdiam diri?

Tahniah kepada Anis Najwa dan ‘Usrah Khawlah’ di atas usaha yang murni ini. Moga usaha kebajikan ini berterusan!

payitforward2

Comments

comments

Nov, 26, 2016

0

SHARE THIS