Spring Camp Ireland 2016

SKIBEREEN, 26 MAC 2016 – Kem musim bunga di kepulauan Ireland tahun ini menyaksikan para peserta menempuhi pelbagai cabaran yang ‘real’. Kereta yang rosak tidak pernah memadamkan semangat 13 orang yang terpilih untuk meneruskan perjalanan dari bandar-bandar besar di Ireland ke penghujung kota kecil ‘Skibb’ ini. Biar cuaca hujan dan sejuk, aktiviti yang dirancang terus dijalankan.

Pendidikan yang berfokus menjadi motto untuk setiap program tarbiyyah yang dirancang. Tema untuk kem kali ini adalah ‘Chronicles of the Fallen’. Pengisian yang padat mengenai sejarah Islam dan kebangkitannya menyelangi aktiviti-aktiviti lasak seperti berkayak, dan aktiviti ala-ala bergusti di tepi pantai. Peserta juga telah melawat Mazen Head, tempat paling selatan di pulau Ireland.

Program ini menandakan berakhirnya cuti Easter untuk pelajar-pelajar di Ireland. Para peserta program ini dapat memanfaatkan pengalaman yang berharga ini untuk membimbing kehidupan mereka di bumi orang ini. Firman Allah:

Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya, dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya, Dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali setelah dibangkitkan. Al-Mulk: 15

Diharap program ini dapat menaikkan lagi semangat para peserta untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar Islam yang berjaya di dunia dan akhirat.

Wallahua’lam.

 

Game di pantai skibbereen Skibbereen Aktiviti 1 Kayak Kayak 2 Doa perjalanan

 

Comments

comments