Syria & Rohingya: Unfolding the Reality of Our Ummah

NOTTINGHAM, 6 FEB 2017 – Pada Jumaat 3 Februari yang lepas, program bertajuk ‘Syria & Rohingya: Unfolding the Reality of Our Ummah’ telah diadakan di Dunkirk Community Centre, Nottingham. Alhamdulillah, program yang bermula pada pukul 7.15 hingga 9.15 malam ini telah dihadiri oleh seramai 80 orang lebih.
 
Terima kasih buat mereka yang hadir dan juga para penceramah jemputan iaitu En Abdullah Ismail (Pak Lah) dari MAPIM Chapter UK dan Brother Fadi dari Hand in Hand for Syria. Para penceramah telah memberi penerangan mengenai krisis dunia yang sedang berlaku di Rohingya dan Syria, sekaligus mencetus semangat kepada para hadirin untuk membantu walaupun dengan sekecil-kecil usaha.
 
Bak kata Brother Fadi, para pelajar mampu membantu dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua yang sedang mereka lakukan dan perlu mendidik masyarakat untuk membangkitkan kesedaran.
 
Jangan lupa untuk doakan saudara kita di Rohingya, Syria, Palestin dan di tempat-tempat lain.
 

Comments

comments

Feb, 06, 2017

0

SHARE THIS