‘Ummah Week’ [Liverpool]: Memupuk kepedulian Ummah

LIVERPOOL – Bulan April 2016 di Liverpool telah diwarnai dengan beberapa program sempena ‘Ummah Week’ yang berlangsung sepanjang bulan. Variasi aktiviti yang melahirkan ‘awareness’ dan menjolok keprihatinan masyarakat dapat dijalankan dengan hasil kerjasama dengan rakan-rakan persatuan lain yang ada di Liverpool; LMS (Liverpool Malaysian Society), Kelab UMNO, MSC (Malay Speaking Circle) dan ISRAA Institute.

15 April – ‘Ummah week’ Liverpool dimulakan dengan sesi ‘talk’ dan forum yang bertajuk ‘Restoring the Human in Humanity’ di Activity Space 6, Liverpool Guild of Students dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam. Para hadirin dapat bersama dengan aktivitis dari MyCare (Humanitarian Care Malaysia), Dr. Muhammad Munawar dan Presiden ISRAA Institute, saudara Faiq Hassin. Mereka memperkenalkan institusi masing-masing dan menceritakan tentang pengalaman sebagai aktivis kemanusiaan. Turut juga menarik perhatian adalah perkongsian pengalaman delegasi yang menyertai iLubnan Humanitarian Mission pada bulan Mac yang lepas, berserta dengan beberapa video dan gambar. Malam itu diakhiri dengan sesi auction yang berjaya mengumpulkan sebanyak GBP340.

18 – 25 April – Sepanjang minggu ketiga April telah berlangsung minggu ‘EatToAid’ dimana pelajar-pelajar dan keluarga di Liverpool membuat tempahan makanan sambil menyumbang. Pada malam 23 April, 26 orang telah pergi ke sekitar kawasan Liverpool City Centre untuk menyumbangkan makanan kepada gelandangan sempena ‘Projek Kita Prihatin’.

 

21 April – Telah diadakan satu perkongsian menarik tentang kehidupan dan perjuangan Abdullah Quilliam, seorang Victoran England Muslim, dalam membawa Islam ke United Kingdom selepas lawatannya ke Morocco. Sesi perkongsian yang bertajuk ‘The Life and Times of Abdullah Quilliam’ diadakan di Masjid Abdullah Quilliam, masjid tertua di England yang berusia lebih dari 110 tahun dan dibuka oleh Abdullah Quilliam sendiri.

Berakhir sudah ‘Ummah Week’ yang berlangsung sepanjang bulan April ini dengan harapan keprihatinan masyarakat terus dibakar hingga membuahkan semangat untuk berkhidmat dan membantu atas dasar merasakan bahawa kita adalah satu umat yang umpama satu badan. Moga doa kita tidak terputus dan amal tidak terhenti, insyaAllah.

Comments

comments

May, 01, 2016

0

SHARE THIS