Ummah Week Nottingham

NOTTINGHAM, 21 FEB 2017 – Pada Jumaat 3 hingga 11 Februari yang lepas, Ummah Week Nottingham telah diadakan bersempena kempen Ummah Month yang dilancarkan oleh Israa Institution. Kempen ini bertujuan memberikan kesedaran terhadap realiti ummah yang sedang berlaku di seluruh dunia. Ummah Week Nottingham dimulakan dengan program ceramah umum bertajuk ‘Syria & Rohingya: Unfolding the Reality of Our Ummah’ yang diadakan di Dunkirk Community Centre, Nottingham. Alhamdulillah, program yang bermula pada pukul 7.15 hingga 9.15 malam ini telah dihadiri oleh seramai 80 orang lebih. Penerangan mengenai krisis Rohingya dan Syria diberikan oleh para penceramah jemputan iaitu En Abdullah Ismail (Pak Lah) dari MAPIM Chapter UK dan Brother Fadi dari Hand in Hand for Syria.
.
Kemudian, kempen ini disambung dengan jualan Nasi Minyak Ayam Bakar Madu pada keesokan harinya. Alhamdulillah, sebanyak 50 lebih tempahan telah dibuat. Pada hari Rabu seterusnya, tiga aktiviti dijalankan serentak memandangkan kelas hanya berlangsung separuh hari sahaja di University of Nottingham. Aktiviti tersebut ialah ‘Bake and Sale’, ‘Tie and Dye’ dan ‘FIFA Tournament’. Pelbagai jenis juadah disediakan seperti Pavlova, Brownies, Popia, Seri Muka dan Kek Batik. Jualan juadah ini mendapat sambutan orang ramai sehingga kesemuanya habis dijual. Manakala,’Tie and Dye’ ialah aktiviti mewarnakan t-shirt putih mengikut kreativiti masing-masing dan aktiviti ini mendapat respon yang menggalakkan kerana majoriti peserta melakukan aktiviti ini buat pertama kali. Seterusnya ‘FIFA Tournament’, menarik peserta-peserta lelaki untuk bersuka ria. Akhir sekali, kempen ini diakhiri dengan jualan Nasi Lemak Ayam Berempah pada hari Sabtu tersebut. Jualan ini juga mendapat sambutan, sehingga sebanyak 60 lebih tempahan telah dibuat. Segala keuntungan yang diperoleh dari aktiviti-aktiviti ini akhirnya akan dijadikan sebagai sumbangan amal.
.
Sumbangan melalui GoFundMe juga dibuka sepanjang kempen ini berlangsung bagi memudahkan orang untuk menderma melalui atas talian. Alhamdulillah, Ummah Week Nottingham berjaya mengumpul sebanyak GBP1156.30 dan akan disalurkan kepada Israa Insitution. Terima kasih buat mereka yang membantu, menyokong dan menyumbang. Moga masyarakat menjadi celik dan peka akan realiti ummah melalui kempen sebegini Insya-Allah.
 .
“We are all but one”.
 .

Comments

comments

Feb, 21, 2017

0

SHARE THIS