Buat Para Aktivis: Ilmu Pengajian Dan Dakwah Perlu Diintegrasikan

IKRAM UKE ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Azman Ali yang baru sahaja lulus PhD dari Universiti Lancaster yang bertajuk :

A Strategy for Autonomic Resilience: Capitalizing on Policy and Autonomous Learning Systems Approach

Saudara Azman Ali merupakan bekas Presiden IKRAM UKE dan sekarang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Seberang Laut (JKSL) IKRAM yang bertanggungjawab keatas 6000 aktivis IKRAM di 22 buah negara.

Biodata profesional beliau boleh didapati disini :
http://iglus.org/team/azman-ali/

Beliau ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan:

“Sebenarnya para profesional yg menjadi daie masih banyak potensi yang belum di untapped. Kita biasa menggunakan istilah ‘Profesional Daie’ walhal apa yang dibuat dalam kerjaya serta kepakaran yang seseorang ada tidak secara langsung pun menyumbang pada dakwah.

Bidang-bidang yg diceburi masih tidak diintegarasikan dengan baik untuk keperluan dakwah, tarbiyah mahupun kebajikan. Kita lebih memandang dakwah dan tarbiyah serta kebajikan itu secara simboliknya memfokuskan soft infrastructure seperti ekonomi berasaskan syariah, keadilan sosial dan sebagainya sedangkan teknologi itu merupakan hard infrastructure yang membolehkan pelbagai soft infrastructure ini terlaksana.

Sebenarnya banyak inovasi dan pembaharuan dalam dakwah, tarbiyah dan kebajikan boleh dilakukan. Setidaknya setiap profesional harus memilih pillar khusus sesuai dengan kerjayanya.

Contohnya dari sudut kebajikan. Dan kebajikan ini pula termasuklah semua produk dan servis yang mungkin menyumbang kepada sustainability, efficiency dan security dari pelbagai sudut kehidupan.

Umpamanya sebagai pakar IT, bagaimana ia boleh mendigitalkan keseluruhan dakwah,tarbiyah dan kebajikan dengan mengambil peluang dari teknologi masa kini dan trend dimana hakikatnya mad’u sudah beralih ke medan virtual berbanding fizikal. Contohnya, dimana sistem e-payment dalam zakat, derma dan sebagainya atau apps yang membolehkan crowdfunding untuk tujuan DTK yang lebih efisien dan sustainable.

Di mana apps dan islamic game di Facebook? Sehingga masyarakat kita hanya mengenal game yang tidak berfaedah. Penguasaan data dan keupayaan menganalisa juga adalah kunci kuasa masa hadapan sebagaimana Donald mempunyai profile jutaan pengundinya yang membolehkannya membuat microtargetting dalam kempen pilihanraya. Dimana pula profil-profil target dakwah dan kebajikan kita? Apakah semua potensi mad’u sudah ada dalam radar kita atau kita masih pada uslub lama.

Kalau dalam bidang mekanikal dan seni bina contohnya, bagaimana alam udara dan air ini dapat kita sustain? Dari segi kehjiauannya dan secara tidak langsung dari sudut ekonominya. Yang pakar dalam bidangnya lebih tahu, bagaimana seorang jurutera kimia contohnya boleh memanfatkan ilmunya untuk mewujudkan alam yg lestari sebagaimana kejayaan para saintis/jurutera palestin yg berjaya menukar gas dari najis lembu untuk menjana tenaga elektrik. Bayangkan jika projek sustainable environment ini boleh di fikirkan dan di jayakan di kampung-kampung untuk menjana elektrik dan menyebarkan ilmu (dalam konteks e-learning), maka pengertian dakwah dan kebajikan yang menyeluruh dan dirasai seluruh alam itu akan dapat direalisasi. Saya tidak perlu menyentuh bidang kedoktoran kerana ini bidang yang jelas adalah peluang untuk berada sangat rapat dengan manusia baik dari fizikal, mental malah rohaninya.

Pokoknya manusia harus dibebas dari pergantungan penuh kepada sesama manusia. Kerana itu nabi memilih jalan kompromi dalam hudaibiyah, untuk membeli suasana aman dari peperangan, supaya manusia lebih mudah berfikir. Jesteru membebaskan jiwa dan minda dari dibelenggu masalah keperluan dan infrastruktur asas dan sebagainya juga adalah dakwah kerana ketika itu input-input rohani akan mudah masuk. Dakwah ini lebih mudah ke atas jiwa yang bebas dan berfikir.

Maka enablernya adalah para profesional pada hari ini. sumbanglah kepada dakwah dengan melakukan apa yang terbaik yg anda boleh lakukan. Galilah potensi diri (dalam kepakaran masing-masing) dan tawarkan khidmat anda kepada projek dakwah, tarbiyah dan kebajikan.

Para jurutera, doktor, arkitek dan sebagainya juga pasti ada peranannya kerana teknologi juga adalah enabler penting dalam ekosistem Dakwah dan Tarbiyah. Fikirkanlah bagaimana kerjaya anda nanti akan menghasilkan produk-produk dan servis yang bermanfaat secara langsung untuk dakwah tarbiyah dan kebajikan kerana Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia, berinovasilah kita untuk Dakwah, Tarbiyah dan Kebajikan supaya kita tidak ditinggalkan ditakuk lama..”

Dengan amanat yang begitu hebat ini, kita doakan semoga para pemuda muslim dapat mengambil ibrah dan semangat darinya. Kita berharap agar setiap ilmu dan kajian oleh para aktivis didalam bidang pengajian masing-masing dapat dimanfaatkan dan disalurkan untuk kebaikan dakwah islam dan ummah Insyaallah.

 

Comments

comments

SHARE THIS