Ramadan: Win The Race

Pada 21 May 2017 bersamaan hari Ahad yang lalu, IKRAM East Midlands & South Yorkshire (EMSY) telah menganjurkan sebuah seminar yang bertajuk “Ramadan: Win The Race!” yang disampaikan oleh Ameena Blake, Director of Eden Houses UK. Program yang bertempat di Broomhall Centre, Sheffield ini dikhususkan penyertaannya kepada para wanita sahaja (penduduk tempatan dan warganegara Malaysia) sebagai sebuah platform untuk mempersiap-siagakan diri bagi menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi.

Seminar ini dimulakan dengan majlis pembukaan oleh pengacara majlis dan seterusnya disambung pula dengan pengisian utama daripada tetamu jemputan. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan amalan-amalan dan ibadah yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan agar peserta lebih bersemangat dalam mengejar ganjaran pahala di bulan yang mulia ini. Kemudian, majlis diserikan lagi dengan jamuan berkonsepkan ‘potluck’ yang disediakan dan dibawa oleh semua tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Semoga program “Ramadan: Win The Race” ini bermanfaat buat semua peserta yang hadir, baik dalam memperbaiki diri juga mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama masyarakat setempat. Bersama-samalah kita berusaha menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan berlumba-lumba dalam melakukan amal kebajikan agar dikurniakan ganjaran syura yang tidak ternilai.

Comments

comments

May, 25, 2017

0

SHARE THIS