Sekalung Tahniah – Aktivis IKRAM UKE Pemegang Ijazah Doktor Falsafah

Kami daripada IKRAM United Kingdom & Eire (IKRAM UKE) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para aktivis yang telah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah.

Dr Izzat Fahimuddin M. Suffian

  • Aktivis IKRAM South dan JK IKRAMedia UKE.
  • Tajuk thesis: Investigational studies on HER-2 targeting Hepatitis B Virus core particles as siRNA-Nanocarriers to treat cancer.
  • Institusi pengajian: Institute of Pharmaceutical Science, King’s College London  .
  • Dua kali Pemenang anugerah Wellcome Image Awards.
  • Kini: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (Kampus Kuantan)
  • Pesanan buat semua: Never take any struggle as a burden, but do take them as a challenge. You will never walk alone as Allah is always there by your side.

Dr Nor Ilham Ainaa Binti Muhsin

  • JK Tarbiah IKRAM South.
  • Tajuk thesis: Gemuk: A Novel Mutation in PCSK1 gene. Area of research: Genetics of Obesity and T2D.
  • Institusi pengajian: Department of Biochemistry, University of Oxford.
  • Kini: Berhasrat untuk meneruskan pengajian di London (early career fellowship).
  • Pesanan buat semua: “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. (Al-Baqarah: 286)”

Dr Norhafizah bersama keluarga. Suaminya, En Firdaus merupakan bekas setiausaha IKRAM UKE.

Dr Norhafizah binti Abu Hasan

  • Ketua Wanita IKRAM UKE sesi 2015/16.
  • Timbalan JK Tarbiah IKRAM UKE sesi 2014/15/16.
  • Tajuk thesis: Talent and Knowledge Management in Malaysian SMEs.
  • Institusi pengajian: University of Canterbury, Kent.
  • Kini: Pensyarah di Jabatan Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dr Balqis Mohamed Rehan

  • Ketua Wanita IKRAM South.
  • Tajuk thesis:  Risk-based Flood Protection Decisions in the Context of Climatic Variability and Change.
  • Institusi pengajian:  Geography and the Environment, University of Oxford.
  • Kini: Pensyarah di Civil Engineering Department, Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia.
  • Pesanan kepada semua: Narrated Aisha r.a the Prophet s.a.w said, Such a person as recites the Quran and masters it by heart will be with the noble righteous scribes (in Heaven). And such a person exerts himself to learn the Quran by heart and recites it with great difficulty will have a double reward. (Bukhari vol. 6, Book 60, number 459). Hadith ini mengingatkan supaya kita rapat dengan Al-Quran. Ia juga penguat semangat untuk belajar dan berjaya menguasai ilmu yang dipelajari. Topik yang saya pelajari agak mencabar namun dengan kepayahan itu insya Allah semoga diberikan ganjaran dua kali ganda berbanding topik yang terlalu mudah.”

Dr Nik Nor Liyana (Belakang, dua dari kiri) bersama keluarga di Malaysia.

Dr Nik Nor Liyana binti Nik Ibrahim

  • Masulah IKRAM Sheffield, JK Perkaderan IKRAM EMSY.
  • Tajuk thesis: Frequency Domain Analysis and Design of Nonlinear Systems with Application in Chemical Engineering.
  • Institusi pengajian: Automatic Control and System Engineering, University of Sheffield.
  • Kini: Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia.
  • Pesanan kepada semua: Hidup mestilah berprinsip. Pacak kukuhkan dalam diri prinsip hidup yang selari dengan neraca Allah.

Kesibukan mereka dalam menyelesaikan kajian peringkat Doktor Falsafah tidak pernah menghalang mereka untuk aktif menyumbang dalam IKRAM UKE. Tahniah sekali lagi kami ucapkan! Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada semua untuk berjaya dalam bidang masing-masing, dalam masa yang sama menaburkan khidmat untuk masyarakat!

Comments

comments

Mar, 15, 2017

  News

0

SHARE THIS