Seminar Pendokong dan Haflatul Wida IKRAM EMSY

Pada 6 Mei (Sabtu) yang lepas, seminar pendokong IKRAM East Midlands & South Yorkshire (EMSY) telah diadakan di Quba Education Centre, Sheffield. Seminar selama separuh hari tersebut berfokuskan aplikasi sirah nabawiyah dan sebuah bengkel bertajuk Persuassive Communication.

Sepanjang seminar, para peserta didedahkan dengan kisah dan hakikat kehidupan Rasulullah s.a.w agar akhlak dan perilaku baginda dapat diteladani terutamanya dalam usaha dakwah dan tarbiyyah. Kemudian, diteruskan pula dengan bengkel yang dikendalikan oleh saudara Mohd Noor bagi mengasah kemahiran komunikasi para peserta dalam berdakwah dan menyantuni mad’u (orang yang didakwah). Hal ini amat penting dan bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi;

“Seorang mukmin yang bergaul di tengah masyarakat dan bersabar terhadap gangguan mereka itu lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bergaul di tengah masyarakat dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka.” (HR. At Tirmidzi, Al-Bukhari)

 

Pada waktu petang pula, majlis Haflatul Wida telah berlangsung di rumah En Sharafiz Abd Rahim (Mas’ul Sheffield) dan isterinya, Dr Siti Noor Munirah (Deputy Head of Regional IKRAM EMSY). Majlis hari keluarga ini bertujuan meraikan para aktivis IKRAM EMSY yang merupakan pelajar tahun akhir dan bakal pulang ke Malaysia. Majlis ini dimulakan dengan beberapa permainan bagi mengukuhkan hubungan ukhuwah sesama ahli.¬†Seterusnya, ucapan pimpinan IKRAM EMSY dan para pelajar tahun akhir serta penyampaian sijil dan hadiah. Akhir sekali, majlis ditutup dengan jamuan seperti lontong, bihun goreng, kuih-muih dan beberapa pencuci mulut yang lain.

Kami dari IKRAM EMSY berharap agar para aktivis IKRAM UKE yang akan pulang ke tanah air terus berkhidmat dalam mengislahkan masyarakat Insya-Allah.

 

Comments

comments

May, 15, 2017

0

SHARE THIS