Vision & Mission



“Membina Kepimpinan Ummah, Membangun Masyarakat Rahmah”

Tertubuh sejak dari tahun 80’an, IKRAM UKE sebelum ini dikenali sebagai MSM UKEire (Majlis Syura Muslimun) telah melalui beberapa transformasi yang seiring dengan peredaran zaman dan tuntutan semasa. Oleh itu, IKRAM UKE bukanlah satu nama yang asing dalam arena persatuan dan kepimpinan bagi warga Malaysia yang berada di luar negara.

IKRAM UKE, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang komited dalam visi dan misinya untuk menjadi hab kepimpinan yang membina dan mempersiapkan para pemimpin dan aktivis dalam kalangan rakyat Malaysia yang berada di United Kingdom dan juga Ireland. 

Tidak terhenti disitu, IKRAM UKE berhasrat agar pemimpin dan aktivis yang dilahirkan menerusi organisasi ini berjaya menyeru masyarakat ke arah kebaikan sejagat yang akhirnya dapat membina ketamadunan masyarakat rahmah. 

“Membina Kepimpinan Ummah, Membangun Masyarakat Rahmah”

Slogan IKRAM UKE ini merupakan inspirasi dari slogan IKRAM Malaysia, 

“Ukhuwah Teras Kegemilangan” yang memfokuskan kepada nilai kepimpinan dan permuafakatan dalam mencapai kegemilangan bagi membangunkan masyarakat sejagat. 

Kami di IKRAM UKE sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat dan masyarakat sejagat.




Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s